tekan di sini
Tuesday, October 12, 2010
kisah Hajjaj yang zalim .
Kisah kali ini ialah mengenai Hajjaj bin Yusof, Gabenor Kufah yang alim tetapi banyak membuat kezaliman. Dia menjadi gabenor dalam pemerintahan Bani Umaiyyah.
Hajjaj mempunyai kegemaran membunuh orang-orang islam yang tidak sehaluan dengan nya. Dia juga sangat sombong dengan kezalimannya sehingga ramai rakyat yang takut dengan nya
Pada suatu hari Hajjaj memerintah ditangkap Said bin Jubair , seorang alim lagi banyak ilmunya. Said telah tahu mengenai kekejaman Hajjaj membunuh beribu-ribu orang Islam dan Said telah melarikan dirinya dari daerah yang diperintah oleh Hajjaj. Namun berjaya juga Hajjaj menangkap Said
Sebelum Said dibunuh, dia telah menghadap mukanya kearah kiblat seraya membaca ayat berikut:
"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada ALlah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan ALLah (dengan sesuatu hal yang lain)." [A; An'am:79]
Hajjaj dengan sombongnya menyuruh orang supaya memalingkan muka Said dari arah kiblat
Kemudian Said membaca ayat berikut:
"Ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap ALLah) maka di situlah arah yang diredhai oleh ALlah," [Al Baqarah:115]
Dengan marahnya Hajjaj menyuruh orang menghadapkan muka Said ketanah. Said meneruskan bacaannya
"Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi," [Taha:55]
Akhirnya Hajjaj menyuruh orang dengan segera menyembelih Said. Akhirnya Said menadah tangan dan berdoa ' Ya Allah, jadikan aku orang yang terakhir yang dibunuh Hajjaj'
Tidak lama selepas kematian Said, dengan kuasa Allah, Hajjaj jatuh sakit dan meracau melihat Said kembali kepadanya. Tidak lama selepas itu, Hajjaj pun mati. Orang yang melihatnya dalam mimpi bertanya Hajjaj. ' Apakah yang diperlakukan oleh Allah terhadapmu, ya Hajjaj?' Jawab Hajjaj' Allah telah membalas setiap nyawa yang ku bunuh dengan satu tetakan pedang, tetapi untuk Said, Allah telah mebalas dengan 70 tetakan pedang'
Pengajaran: Orang yang zalim tidak terlepas dari balasan Allah
See u in my next entry!
'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment