tekan di sini
Monday, October 4, 2010
cerita nasihat: mengapa ular tidak mematuknya?
Kisah yang akan diceritakan kali ini ialah mengenai seekor ular yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman untuk menghukum seorang pencuri. Sebagaimana yang kita semua ketahui, Nabi Sulaiman telah dianugerahkan oleh Allah dengan sifat istimewa boleh bercakap dengan haiwan.
Pada suatu hari orang ramai mengadu kepada nabi Sulaiman mengenai seorang pencuri yang selalu mencuri makanan di rumah mereka . Tidak tertahan dengan aduan ini setiap hari, Nabi Sulaiman pun memerintah seekor ular supaya mematuk pencuri ini supaya dia insaf
Namun ular ini melaporkan dia tidak berjaya mematuk pencuri ini walaupun telah dicuba beberapa kali
Akhirnya Nabi Sulaiman bertanya ular itu' apakah yang menyebabkan kamu gagal dalam tugasmu itu?
Jawab ular itu, setiap kali aku mahu mematuk pencuri ini, malaikat telah mengikat mulut ku dengan tali, sehingga aku terpaksa beredar.
Mendengar hal ini, Nabi Sulaiman menyuruh ular ini menyiasat apa yang dilakukan oleh pencuri itu setiap hari. Beberapa hari kemudian ular itu datang semula kepada nabi Sulaiman. ' Aku tahu mengapa aku tidak berupaya mematuk sipencuri itu' katanya.
Mengapa? tanya Nabi Sulaiman. ' Orang ini mempunyai anak-anak miskin yang ramai dirumahnya dan semua makanan yang dicurinya disedekahkan kepada anak2 miskin itu' jawab siular itu.
Pengajaran: Bukan perbuatan mencuri itu yang dihalalkan pekerjaannya, tetapi sedekah itu lah menjauhkan bala dari menimpa sipencuri itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment