tekan di sini

Monday, October 4, 2010

Jangan menimbun harta


Kisah kali ini ialah mengenai seorang khalifah Abbasiyah yang bernama Al-Qahir. Dia mempunyai banyak harta bertimbun-timbun dan mengumpulkannya untuk anak-anaknya. Dia berkata' wahai anak-anakku, janganlah engkau takut miskin. Aku telah mengisi lubang-lubang ini dengan harta kekayaan yang jika dibahagikan kepada seluruh penduduk Baghdad, tidak akan papa seumur hidup sehingga beberapa generasi lamanya.'



Tetapi Al-Qahir tidak menjalankan perintah Allah, dia tidak menjalankan kewajipannya sebagai seorang khalifah, dan dia tidak mengeluarkan zakat


Dengan kuasa Allah, masa silih berganti dan dia dilucutkan dari jawatannya dan kesihatannya merosot sehingga kedua matanya menjadi buta. 
Lebih buruk lagi hartanya disita kerana banyak diambil secara tipu muslihat . 


Orang-orang yang melihat keadaanya berkata: ' Lihatlah dia mengabaikan Allah, lalu sekarang Allah mengabaikannya'


Pengajaran: Jagalah perintah Allah, nescaya Allah akan menjagamu

No comments:

Post a Comment