tekan di sini

Friday, October 1, 2010

Cerita nasihat: Harga sebiji mata

Kisah kali ini mengenai seorang miskin yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Setiap hari orang miskin ini berdoa kepada Allah supaya diberikan kepadanya harta kekayaan supaya dia boleh hidup senang lenang.
 
Pada suatu malam selepas habis menangis mengenangkan nasib dirinya, dia pun tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi seorang pemuda datang kepadanya seraya berkata: ' Jualkan aku matamu dengan harga seratus ribu ringgitsetiap satu!'  Tidak, jawab orang miskin ini, nanti aku hendak melihat bagaimana? ' kalau begitu jualkan aku tanganmu, dengan harga seratus ribu ringgit setiap satu!' Tidak, jawab orang miskin itu, nanti bagaimana aku akan membuat kerja seharian? ' jualkan sahaja kakimu kepada ku, dengan harga seratus ribu ringgit setiap satu! ' sekali lagi orang miskin itu membantah. Tidak, bagaimana aku akan berjalan tanpa kaki? ' kalau begitu jualkan sahaja buah pinggang mu hanya sebiji sahaja sudah cukup. harga nya lima ratus ribu jika kau setuju!. Tidak, tidak! jerit si miskin ini sambil menangis . Pergi engkau dari sini , aku tidak mahu sebarang anggotaku kau ambil walaupun dengan wang!, jeritnya lagi.


Subhanallah! kata pemuda itu kepada si miskin . Engkau mempunyai ratusan ribu ringgit pada badanmu, mengapa kamu meminta lebih lagi dari Tuhanmu?

Simiskin itu terjaga dari tidurnya dan dengan serta merta dia beristigfar kepada Allah  serta memohon ampun sebanyak-banyaknya.



Pengajaran: Hendaklah kita berusaha untuk mendapat harta, tetapi jangan kita lupa untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah limpahkan kepada kita yang bukan berupa wang dan harta benda.



see in in my next entry!!

3 comments:

  1. takde orang nak beli rambut ke? saya nak jual ni cg., hahahaha

    *terkesima kejap bace entry nie., rase bersalah sia2kan ap yang Allah bagi., subhanallah~

    ReplyDelete
  2. Rambut, potong botak pun tak ada orang nak fahrul! belajar rajin2

    ReplyDelete
  3. tq ckgu...
    entry ni menyedarkan semulaa apa yg telah kite sedar..
    moga2 dpt djdkn manfaat kpd org laen gak
    tq ckgu

    ReplyDelete