tekan di sini

Friday, October 8, 2010

Akibat menzalimi haiwan


Kisah kali ini mengenai seorang jaga yang bekerja dengan sebuah kilang. Sewaktu dia bertugas, seekor anjing bersama anaknya masuk dalam kawasan tempat dia bertugas. Jaga ini pun lantas mengejar kedua-dua ekor anjing ini untuk menghalau haiwan-haiwan  itu keluar.


Namun setelah penat mengejar, kedua-dua ekor anjing ini tidak juga dapat keluar daripada kawasan itu. Maka dengan marahnya, orang ini pun mengambil sebatang kayu lalu melontar dengan sekuat hatinya kearah anjing-anjing itu. Dia kemudiannya melontar lagi dengan objek-objek yang berdekatan . Kelihatan olehnya ibu anjing itu meluru  keluar melalui pintu pagar. Ketika anak anjing itu mahu mengekori ibu anjing itu, sekali lagi satu lontaran yang kuat terkena kaki anjing itu. Maka meraung-raunglah ibu anjing itu melihat anaknya  terkena lontaran itu.
Namun, anjing yang lebih kecil itu terperangkap kerana tidak tahu jalan keluar.
Dengan marahnya, jaga ini melontar sekali lagi sekuat hatinya kearah anak anjing itu, sementara ibu anjing ini kedengaran menyalalak-nyalak kearah anakya tadi.Sekali lagi lontaran itu terkena kaki anak anjing itu dan berlarilah anak anjing itu dengan kakinya yang terheret heret. Akhirnya setelah puas mencari jalan keluar, barulah anak anjing itu dapat keluar.

Selang tidak berapa lama , dengan kuasa Allah, salah seorang anak jaga ini terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan dimasukkkan kehospital. Setelah menerima rawatan, maka anak jaga ini balik lah  kerumah  . Tetapi alangkah sayunya hati si ayah ini apabila memandangkan anaknya berjalan dengan mengeret sebelah kakinya. Dia teringat balik kelakuan anaknya itu mengehert kakinya seperti anak anjing yang dipukulnya beberapa tahun yang lalu

Pengajaran cerita: Jangan kita menzalimi haiwan walaupun seekor anjing yang kecil, kerana setiap makhluk dimuka bumi ini adanya Penjaga yang sentiasa mengawasi gerak geri kita

No comments:

Post a Comment