Pada suatu malam selepas habis menangis mengenangkan nasib dirinya, dia pun tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi seorang pemuda datang kepadanya seraya berkata: ' Jualkan aku matamu dengan harga seratus ribu ringgitsetiap satu!' Tidak, jawab orang miskin ini, nanti aku hendak melihat bagaimana? ' kalau begitu jualkan aku tanganmu, dengan harga seratus ribu ringgit setiap satu!' Tidak, jawab orang miskin itu, nanti bagaimana aku akan membuat kerja seharian? ' jualkan sahaja kakimu kepada ku, dengan harga seratus ribu ringgit setiap satu! ' sekali lagi orang miskin itu membantah. Tidak, bagaimana aku akan berjalan tanpa kaki? ' kalau begitu jualkan sahaja buah pinggang mu hanya sebiji sahaja sudah cukup. harga nya lima ratus ribu jika kau setuju!. Tidak, tidak! jerit si miskin ini sambil menangis . Pergi engkau dari sini , aku tidak mahu sebarang anggotaku kau ambil walaupun dengan wang!, jeritnya lagi.
Subhanallah! kata pemuda itu kepada simiskin . Engkau mempunyai ratusan ribu ringgit pada badanmu, mengapa kamu meminta lebih lagi dari Tuhanmu?
Simiskin itu terjaga dari tidurnya dan dengan serta merta dia beristigfar kepada Allah serta memohon ampun sebanyak-banyaknya.
Pengajaran: Hendaklah kita berusaha untuk mendapat harta, tetapi jangan kita lupa untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah limpahkan kepada kita yang bukan berupa wang dan hartabenda.
positive comments are welcome!
No comments:
Post a Comment