tekan di sini

Sunday, September 19, 2010

Hikayat untuk tauladan

Seseorang datang kepada raja harun al-Rashid untuk memberi nasihat, tiba-tiba raja itu marah kepadanya, lalu memerintah kepada pengawalnya supaya mengikat orang itu diatas kaldai Raja  yang nakal, supaya mati ditendang kaldai. Setelah perintah itu dilaksanakan, tiba-tiba kaldai itu mencium orang yang akan dihukum itu. Kemudian Harun al-Rashid menyuruh supaya dimasukkan dalam rumah supaya ditutup dengan simen supaya mati didlamnya.Tiba-tiba orang yang dipenjara telah berada di sebuah kebun, sedang pintu rumah itu masih lagi tertutup. maka dipanggil oleh raja itu dan di tanya:Siapa yang mengeluarkan engkau dari rumahitu? Jawab orang itu, yang memasukkan aku dalam kebun. Dan siapa yang memasukkan engkau dalam kebun?Jawaborang itu:Yang mengeluarkan aku dari rumah itu.

kemudian raja itu menyuruh pengawalnya membawa orang itu keliling kota, dan memberitahu kepada orang-orang: Ingatlah bahawa Harun alRashid ingin menghina orang yang telah dimuliakan oleh Allah , tetapi tidak dapat.
Pengajaran:Jangan kamu takut menegur salah laku walaupun orang yang berpangkat, kerana Allah tetap bersama kita........

No comments:

Post a Comment