tekan di sini

Tuesday, December 28, 2010

Ayahku seorang yg penyabar

Kisah yang ku paparkan ini  berlaku sekitar tahun enam puluhan, Hidup kami hidup  yag sukar, namun penuh kegembiraan

Setiap pagi selepas menunaikan solat, ayah akan menyediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah . Ayah membuka tin Planta margarine kemudian menyapu roti dengannya. Ayah membancuh kopi panas dan dihidangkannya di atas meja. Itulah sarapan kami adik beradik setiap hari sebelum ke sekolah.
Setelah membekalan kami sepuluh sen seorang untuk ke sekolah, ayah mengayuh basikalnya untuk ke tempat kerja . Kalau nasib baik, kami dapat 20 sen. Itu pun sudah rasa bangga. Dapatlah beli kueh lebih sikit.
Ayah  berbasikal ke tempat kerjanya dan balik ke rumah kira-kira jam 5 petang. ' Ayah dah balik. Ayah dah balik'. begitu lah sorak anak-anak menyambut kepulangan ayah. Ayah tak bawa balik apa-apa selain nasi kerak. tapi sungguh seronok kami bila ayah balik,

Ayah selalu membawa pulang kerak nasi yang sepatutnya dibuang dari kedai makan tempat ayah kerja. Ibu akan memanas semula nasi kerak untuk makanan kami malamnya. Aku masih ingat lagi suatu hari, sepupuku , Ismail datang ke rumah membawa sekampit beras sebagai buah tangan. Ibu memasak nasi menggunakan beras itu khas untuk sepupuku. Namun sepupuku menolak dan meminta makan nasi berkerak yang ayah bawa dari kedainya.Mungkin sepupuku mahu bersama keluarga kami yang makan nasi kerak. Kami adik beradik tidak pernah merungut mengenai nasi yang kami makan. Tahu-tahu kenyang sahaja setiap hari . Itulah ketenangan  yang Allah berikan kepada hambaNya.
Siap makan malam, ayah akan mengumpul pakaian kotor keluarga dan direndamnya terlebih dahulu, kemudaian ayah akan menyental pakaian itu, dibilasnya beberapa kali, kemudaian diperah airnya  untuk mak jemur keesokan harinya
Sebelum tidur, ayah akan menyemak buku tulis anak-anaknya. Ayah menegur kami kalau banyak kesipan yang kami lakukan atau ada komen-lomen daripada cikgu . Tugas ayah yang terakhir ialah mengajar kami mengaji Al-Quran. Ayah sangat tegas dalam soal mengaji. Kadang-kadang aku menangis  diherdik ayah kerana tak dapat membaca dengan betul.

Bulan puasa, memang ayahlah jadi hero. Apa tidaknya, ketika kami nyenyak tidur, ayah bangun menyediakan makanan untuk bersahur. Dah siap, ayah mengejutkan kami sekeluarga untuk bersahur.
Bila tiba hari Raya, pagi-pagi lagi ayah akan ke kedai untuk membeli sate. Itulah makanan istimewa kami setahun sekali pada hari Raya. 
Apabila  ayah ditimpa sakit, dia  tidak pernah merungut. ' Mengapa ayah tak cakap ayah sakit telinga?" tanyaku suatu hari apabila nampak ayah selalu saja menekan-nekan telinganya. ' Ayah nak cakap kepada siapa?" jawabnya.
Kini ayah sudah tiada, namun sifat sabarnya diharap  mengalir dalam kehidupan anak-anaknya. Wahai Tuhanku, berilah ganjaran syurga kepada ayahku.

2 comments:

  1. is this your true story cikgu nazimah?

    ReplyDelete
  2. yes, my very true story. no less, not more

    ReplyDelete