Diceritakan oleh Ibnul Jauzi, seorang lelaki melihat seekor burung pipit membawa sepotong daging dari suatu tempat di Kota Madinah , ke atas sepohon kurma setiap hari. Dia merasa hairan kerana tiada sarang di atas pohon kurma itu |
Kemudian lelaki itu memanjat pohon kurma itu, dan ternyata di situ ada seekor ular yang buta. Tiap kali ular itu ingin makan, burung pipit ini memberinya sepotong daging, lalu ular itu mendekatinya. Setelah dekat, dia membuka mulutnya dan ular itu memasukkan daging ke mulut ular tersebut.
Subhanallah! siapakah yang menundukkan burung pipit kepada ular itu? dan menunjukkan ular rezekinya?
Pengajaran: Janganlah kita takut akan setiap kesusahan yang melanda, kerana disana Allah memerhatikan kita dan sentiasa menjaga hambaNya yang ingat kepada ALLAH |